Tidak puas hati

Wah, pejam celik pejam celik aku dah berada di sini selama hampir setengah tahun! Hari ini merupakan hari pertama untuk aku hadir ke kelas dan juga mengajar (membantu mengajar sebenarnya) untuk semester Spring 2010. Aku rasa tidak puas hati dengan pencapaian aku untuk kelas Bahasa Melayu (BM) kerana aku tidak sistematik dan tidak bekerja keras untuk mengumpul bahan-bahan. Inilah kelemahan ku, iaitu menyedari kelemahan tetapi tidak membuat apa-apa untuk mengatasinya. Ha ha.

Aku terasa malas sekali terutama selepas kembali dari cuti musim salji yang lepas. Aku telah ke Atlanta, Georgia dan Orlando, Florida selama hampir sebulan. Banyak perkara yang sebenarnya berlaku dan kadang-kadang aku terfikir kalaulah aku rajin menulis seperti dahulu, sudah banyak nukilan yang aku telah hasilkan setakat ini. Itulah, sekali ditinggalkan, susah sekali untuk melatih diri untuk membuatnya lagi.

Dalam kelas BM tadi kami berbincang tentang sambutan Tahun Baru dan bercerita tentang azam masing-masing. Aku sudah menyenaraikan azam aku untuk tahun ini di Facebook tetapi yang berikutnya merupakan versi BM:

  1. Cuba mengurangkan berat badan dan maintain pada tahap itu.
  2. Menjalankan cara hidup yang sihat.
  3. Mengikut kelas kickboxing dengan lebih kerap.
  4. Menyimpan duit yang secara hipotetikalnya akan menampung perbelanjaan hidup aku selama setahun tanpa bekerja.
  5. Beri perhatian terhadap bidang lain dalam hidup aku selain dari bidang akademik.
  6. Belajar membuat pastri atau kek.
  7. Dapat menyentuh jari kaki selewat-lewatnya pada hujung tahun ini.
  8. Dapatkan cincin dari si dia dan hidup bahagia sehingga akhir hayat. Amin.
  9. Menyempurnakan sekurang-kurangnya satu penyelidikan yang besar dan diterbitkan dalam jurnal antarabangsa.
  10. Mengumpul bahan-bahan untuk Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu untuk kegunaan dalam kelas.
  11. Mengelolakan konferensi Language Teaching di peringkat antarabangsa di universiti tempatan.
  12. Mula melibatkan diri secara sukarela untuk mengajar Bahasa Inggeris di satu rumah kebajikan.
  13. Mula memandu sendirian!

Jadi mungkin azam ku yang satu lagi adalah untuk menulis dengan lebih kerap.

Advertisements

Duit tidak tumbuh di atas pokok

Apabila saja ada orang memberitahuku duit itu tidak penting, orang itu hanya menipu dirinya sendiri.ย  Memang duit tidak dapat membeli semua benda tetapi ianya dapatย  membuat banyak perkara menjadi mudah.

Aku tidak pernah ada masalah besar dengan duit kerana aku jarang berbelanja banyak. Sebagai contoh ketika aku hendak membeli kamera tahun ini pun, aku pergi ke kedai tersebut lebih kurang 4 kali *click*. Kalau dikira, bukannya mahal sangat pun tetapi itulah aku. Ironinya, aku jarang mengikut pelan untuk perbelanjaan harian. Hasilnya, aku sering terpaksa berhati-hati sedikit pada hujung bulan, kehabisan duit di negara orang memang menakutkan. Walaupun aku belum pernah dan silangkan jari (crossed fingers), tidak akan melaluinya!

Lebih-lebih lagi dengan adanya kad debit sekarang ini, aku seperti tidak lagi mengawal perbelanjaan. Hanya swipe sahaja dalam apa-apa pembelian. Beli roti, swipe. Beli air, swipe. Beli lunch, swipe. Beli baju $10, swipe. Jika diteliti, setiap benda yang aku beli bukan mahal pun tetapi jika dijumlahkan, aku lebih rela tidak memikirkannya!

Aku nekad untuk mula menyimpan duit ku di dalam bank yang satu lagi, untuk mengelakkan aku berbelanja lebih dari yang patut. Ada beberapa sebab penting yang aku mesti mula berjimat-cermat sedaya yang boleh, antaranya adalah:

  1. Aku akan ke Atlanta, Georgia dan Orlando, Florida (Disney World!) untuk cuti musim sejuk nanti. Banyak duit kena pakai tu. Adoi.
  2. Aku dikategorikan sebagai penganggur ketika aku balik Malaysia bulan Mei ini kelak. Belum tahu bila aku akan dapat kerja lagi. Adoi.
  3. Aku mahu beli sekurang-kurangnya satu beg tangan jenama Coach (yang murah gila babi di sini – maafkan bahasa Perancisku). ๐Ÿ™‚
  4. Aku mahu membeli beberapa saguhati untuk keluarga dan rakan-rakan di Malaysia dari sini. ๐Ÿ™‚

Wish me luck guys!

Bersemangat

Aku sudah selamat sampai ke Amerika Syarikat, di pekan kecil yang bernama DeKalb ini.ย  Sebenarnya aku sudah hampir 2 bulan disini dan kekosongan nukilan di sini sebenarnya bukan bermakna aku tiada masa tetapi aku rasa seperti masa terlalu pendek di sini. Aku bersemangat untuk menulis sebentar tadi selepas membaca blog-blog yang sering aku baca ketika aku di Malaysia dahulu dan aku baru tersedar yang aku sedang meng-aklimatasi-kan diri kepada keadaan di sini. Ini adalah kali pertama aku membuat seperti kebiasaan di tempat sendiri.

Pada dasarnya aku tiada masalah di sini tetapi kadang-kadang aku rasa seperti aku tersepit di dunia yang sangat janggal ini. Tidak langsung seperti di TV! Tiada perbezaan yang prominen sehingga menimbulkan rasa stres yang amat tetapi sedikit-sebanyak perbezaan budaya dan cara hidup boleh mengubah emosi aku dalam sekelip mata. Selain itu ketiadaan kawan-kawan dan orang tersayang yang memahami personaliti aku seperti memburukkan keadaan. Aku beberapa kali menangis sendirian tetapi aku tidak begitu rungsing kerana aku tahu semua ini adalah suatu proses normal. ‘Culture shock‘ dalam Bahasa Inggerisnya. Lagipun aku rasa cara aku menyesuaikan diri lebih baik dari sesetengah kawan aku yang seperti masih bingung di dalam kehidupan biasa dan waktu kerja di universiti ini. Secara keseluruhannya aku rasa ini adalah suatu pengalaman yang amat bermakna dan banyak mengajar aku dari aspek keperibadian diri dan dari segi profesionalisme dalam bidang mengajar.

Aku ingin mulakan catitan untuk pengajaran Bahasa Melayu di sini hanya untuk kesenangan di masa hadapan tetapi ini aku hanya akan buat jika aku betul-betul lapang (bukan hanya dari segi masa tetapi juga dari segi pemikiran). Untuk nukilan kali ini, sampai di sini sahaja buat masa sekarang. Diharap aku tidak terlalu lambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin!

Persiapan

Aku tahu aku tidak menepati janji ku sendiri iaitu untuk menulis tentang persiapan ku ke US. Masa lapang yang aku ada sekarang aku gunakan sepenuhnya untuk bersama keluarga dan rakan-rakan di kampung halaman. Oleh kerana sekarang pun aku kekurangan masa, sinopsis apa yang telah berlaku minggu-minggu kebelakangan ini adalah:

  1. Aku telah menghadiri Pre-Departure Orientation di ibu pejabat MACEE pada 1 Julai 2009. Banyak juga yang aku belajar. Dan aku rasa aku pelajar yang kedua tertua di situ, yang lain baru lepas SPM beb!
  2. Aku telah mendapat Visa. (yang ini aku harap aku dapat memberi penjelasan yang lebih banyak dalam nukilan seterusnya agar pelajar lain dapat memanfaatkan pengalaman aku ini).
  3. Aku telah membeli barang-barang keperluan seperti perencah laksa, nasi goreng, etc. Aku cuma belum membeli Milo. Milo tiada di negara itu!
  4. Aku telah melawat pejabat Sarawak Tourism Board dan Tourism Malaysia untuk meminta bantuan mereka di dalam menghulurkan cenderahati dan pamplet untuk dibawa ke negara itu. Orang Tourism sangat peramah! Dan kedua-duanya dengan bermurah hati memberi apa yang mereka ada termasuk CD lagu tradisional, DVD mengenai Sarawak, pamplet, peta, pin baju serta poskad.
  5. Ibu bapaku telah mengadakan jamuan makan tengah hari Ahad lepas untuk keluarga dan rakan-rakan, farewell party dalam Bahasa Inggerisnya. Semua makanan tempatan seperti manok pansoh, ulam-ulaman, paceri nenas, ayam masak merah, ikan bawal hitam masak manis, sayur tempatan etc. Yang peliknya, aku tidak mengambil gambar pun seperti kebiasaan. Apakah?!?
  6. Aku telah mengisi dua beg besar, tetapi tidak penuh pun. Tidak banyak barang pun kerana kebanyakan orang yang aku temui menasihati agar aku tidak membawa terlalu banyak pakaian, di sana lebih murah! GUESS, GAP, you name it baby!

Sekian untuk kali ini. Wassalam. ๐Ÿ™‚

p/s: bacaan minggu lepas:

Year Of Fog oleh Michelle Richmond

Year Of Fog oleh Michelle Richmond

Minggu lepas dalam gambar #4

Minggu: 8 โ€“ 14 June 2009

Lokasi: Sekitar Kuching

Minggu pertama June (1 – 7 June) tidak banyak mengambil gambar. Yang ada pun semuanya ada muka aku, jadi tidak dapat diletakkan di sini. Aku ni kan pemalu. Heh.

Amat susah untuk memilih dari ratusan gambar dari minggu yang amat menyeronokkan. Oh ya, kamu rasa aku boleh dapat tak jika aku minta MacBook warna merah jambu sebagai hantaran dari pihak lelaki untuk pernikahan aku sendiri (ya, aku belum kahwin lagi)?

Minggu lepas dalam gambar #3

Ok, aku tipu. Ini gambar dari bulan May. Aku sungguh ketinggalan ya?

Minggu: 18 – 24 May 2009

Lokasi: Sekitar Kuching

Mak banyak (a motherload) lagi gambar dari bulan Jun. Memang sungguh banyak perkara yang berlaku dalam bulan Jun, sama ada yang dijangkakan atau tidak. Minggu ini aku berada di ibukota untuk menghadiri orientasi sebelum berlepas ke luar negara, menguruskan visa serta beberapa hal rasmi yang memerlukan aku kesana-kemari. Penat.

Aku menyedari sesuatu sekembalinya aku ke kampung halaman setelah habis belajar, aku tidak mungkin lagi dapat hidup di kota besar seperti Kuala Lumpur. Terlalu besar, terlalu ramai orang, terlalu… impersonal. Aku rimas. Aku mahukan kedamaian dan keharmonian. Pelik kan, kemahuan kau berubah semakin kau dewasa. Apa yang aku mahu 10 tahun dahulu kini tersaji dihadapan mata. Namun, kini aku tidak berselera untuk menyantapnya. Aku tertanya-tanya juga, apakah kemahuan aku 10 tahun dari sekarang dan bagaimanakah ianya berbeza dengan sekarang? Oh well… carpe diem!

Sibuk

Tapi aku mengaku, kadang-kadang aku buat-buat sibuk.

Banyak perkara telah berlaku sejak entri aku yang lepas. Semuanya alhamdullillah perkara yang bagus.ย  Gambar pun berlambak didalam komputer.

Dipendekkan cerita, berikut adalah dua halaman web yang bagus sebagai panduan untuk membuat visa *click* dan *cluck*. Cuma kamu perlu rajin untuk memastikan borang-borang tersebut adalah yang terkini. Lihat tarikh luputnya pada sebelah kanan atas.

Aku demam, jadi gambar-gambar yang backlogged itu nantikan ya. Aku pun tidak sabar nak upload. Selamat malam.