Entri pertama dalam Bahasa Ibundaku.

Aku sudah lama hendak mula menulis dalam Bahasa Melayu. Entah bagaimana malam ini impianku tercapai. Mungkin aku sedang menghidap penyakit banyak-kerja-tapi-buat2-macam-tiada-kerja, penyakit yang aku akan dapat dari masa ke masa. Terutamanya apabila dua bongkah kertas esei para pelajar meronta-ronta untuk dilepaskan dari sampul surat besar di atas meja.

Semasa mendaftar blog ini tadi, aku tanpa berfikir panjang memilih ‘Bahasa Melayu’ apabila diminta untuk memilih Language you will most likely use in this blog. Lebih kurang begitulah bunyinya. Hasilnya, aku terkapai-kapai selama 15 minit mencari link hanya untuk menulis entri ini. Kemudian 15 minit lagi untuk menukar kembali bahasa untuk ‘papar muka’ ke Bahasa Inggeris. Apakah??

7 responses to “Entri pertama dalam Bahasa Ibundaku.

  1. Nanti akan saya beri e-kamus apabila balik Kuching nanti, wokey? (:

    Jangan putus asa belajar BM!

  2. alangkah bertuahnya saya menjadi pengkomen yg pertama 🙂

    very funny bimbo, ur not geeky at all :p hehe

  3. eee ingatkan tiada orang yang akan komen, rupa2nya komen harus di-‘approve’ terlebih dahulu! hehe

  4. bahasa melayu kamu begitu menerujakan saya. syabas diucapkan. saya akan mengikuti blog ni dari masa ke semasa. hehehe!

  5. Jimmy: terima kasih rakan seperjuanganku.

    Adinda Nurul: Terima kasih! Aku menanti kepulanganmu!

    Nazreen: malangnya anda bukan yg pertama, cuma komen belum di ‘approve’. Tapi tidak mengapa, terima kasih atas komen anda!

    Huda: terima kasih sahabatku! saya akan menanti komen2 anda.

  6. selamat berusaha ya!

Leave a reply to geekybimbo Cancel reply