Dalam proses mencantikkan blog

Aku tidak sabar untuk menukar beberapa perkara dalam blog ini, tetapi kelajuan internet di dalam kampus ini amat menghampakan. Waktu untuk mereka menjadi ‘universiti bertaraf dunia’ masih terlalu jauh, tapi aku rasa salah satu cara untuk impian itu tercapai mungkin lebih dekat jika fasiliti internet diperbaiki. Mungkin.

Ya, aku memang teruja untuk memulakan blog yang baru. Aku rasa waktu ini amat sesuai sekali kerana pada tahun ini banyak perkara baru (dan yang baik) bakal berlaku jadi aku hendak memastikan bahawa perjalanan aku tahun ini didokumenkan. Salah satunya adalah aku akan ke luar negara buat pertama kali tidak lama lagi. Aku tahu bahawa ianya akan menjadi a life-changing experience. Aku bersyukur.

Aku minta sesiapa yang membaca blog ini untuk tolong perbetulkan bahasa aku kerana aku rasa ada beberapa ayat yang macam pelik bunyinya. Ok? Terima kasih. 🙂

Advertisements

9 responses to “Dalam proses mencantikkan blog

  1. aku kagum sekali dengan gaya dan lenggok penulisan kamu. nyata kamu punya gaya dan susunan yang asli..tapi, kenapa agaknya intonasi seakan2 bahasa indonesia?? fikir2kanlah..terima kasih

  2. pertama sekali, terima kasih datuk kerana kekaguman mu (apakah??) aku akan cuba memperbaiki tulisan di sini!

  3. agagagaga
    aku terkesima dengan entri kedua

  4. e’eh, ku suka ikon sebelah kanan ni. 😀

  5. terkesima? apa itu?

  6. hi.. wow.. best dpt baca u pun blog.. bel pun ada… tapi rahsia.. hahahhaha.. teruskan usaha mu gadis cute..

  7. bel: eee apa rahsia-rahsia?

  8. terkesima = terkedu = shock in awe 🙂

  9. oh! terima kasih

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s