Kelas malam terakhir

Malam ini aku akan mengadakan kelas malam yang terakhir untuk semester ini, dan juga mungkin untuk tahun ini (aku tidak pasti universiti baru aku nanti ada kelas malam atau tidak). Seperti kebiasaan sebelum ini, aku akan ke kafeteria yang berdekatan dengan blok pejabat ku untuk membeli makanan.

Kualiti makanan di situ agak boleh tahan juga, memandangkan ada variasi didalam hidangan kedai-kedai di situ pada setiap hari. Malam ini aku malas hendak makan nasi kerana aku rasa aku terlalu banyak makan, tapi masih perlu makan sedikit memandangkan kelas aku akan berlanjutan sehingga 9.30 malam. Jadi aku beli Burger Ayam Telur Keju yang berharga RM2.70. Jika berlandaskan skala dari 1 hingga 10 untuk kualiti burger tersebut dengan 10 paling sedap, aku akan bagi 5.5. Roti ban hangus sedikit tapi aku mungkin partisan kepada kehangusan tersebut, kerana kalau roti bakar pun aku suka yang hangus hitam legam. Kenapa aku menerangkan burger ini dengan nada penyelidikan?

Gambar hiasan - aku tidak suka burger daging

Gambar hiasan - aku tidak suka burger daging

Burger yang paling sedap aku pernah rasa terdapat di depan kedai 7-11 di Taman Universiti, Skudai, Johor. Panggilan mesra burger tersebut adalah ‘burger 7E’ walaupun ianya tiada kaitan dengan kedai 24 jam itu, hanya lokasinya. Tidak pasti sama ada gerai tersebut masih beroperasi atau tidak tapi kesedapan burger tersebut menjadi kegemaran sehingga beberapa generasi siswazah. Gerai burger tersebut hanya beroperasi selepas pukul 10 malam dan sebelum gerai tersebut dibuka, sudah ada barisan para pelajar yang lapar menunggu untuk membuat pesanan. Acap kali burger dari gerai tersebut digunakan sebagai alasan untuk keluar rumah/bilik hostel pada tengah malam. Aku pernah lihat burger ini dijadikan sebagai ‘kek harijadi’ oleh budak-budak Sains Sukan, sebatang lilin dicucuk di atas burger tersebut. Begitulah besarnya pengaruh burger 7-E dalam kehidupan kami dulu.

Eh. Kenapa kesimpulan entri kali ini tidak relevan dengan tajuk dan pengenalan?

Advertisements

6 responses to “Kelas malam terakhir

  1. wow mantap 🙂 anda membuatkan saya ingin kembali mem-blog 🙂

  2. saya menunggu pengemaskinian blog kamu.

  3. perut ku berbunyi.

  4. nurul: bagaimana rasa burger di P. Pinang?

  5. Di sini selalu makan burger McD 😛

  6. huhu sungguh lucu…setiap post kau membuat perutku bergetar-getar dengan kelucuan bersahaja kau itu. oh..ya aku masih ingat gerai burger itu…aku pun suka! enak ya!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s