Mainan baru

Aku sudah lama memikirkan untuk membeli kamera. Aku tidak pernah ada kamera sendiri sebelum ini. Kamera yang selalu aku guna dahulu sama ada adalah kepunyaan ayahku atau adikku. Jadi dengan tangan terketar-ketar semalam aku mengeluarkan RM650 dari simpanan ku. *sakit jantung*

Ya, warna merah jambu kawan-kawanku... ;)

Ya, warna merah jambu kawan-kawanku... 😉

Ianya memang bukan yang terbaru tapi ini sahaja yang aku mampu untuk beli ketika ini. Bayangkan, aku terpaksa mengorbankan pembelian kasut ibu-jari-kaki terbuka (open-toe) berwarna ungu yang paling comel pernah aku lihat (hanya RM49.90 selepas diskaun!) dan cermin mata gelap dari Charles and Keith (RM169) semata-mata untuk membeli kamera ini. Aku memang terpaksa mengikat perut buat masa beberapa bulan ini kerana seperti yang telah kusebutkan sebelum ini, aku akan ke luar negara selama beberapa bulan. Dengan pertukaran matawang asing yang masih agak tinggi (kegawatan ekonomi apa?), aku kira-kira duit simpanan aku jika ditukar menjadi matawang dolar Amerika, mungkin hanya cukup-cukup untuk membeli Chanel Reissue 2.55 (large).

Adoi.

Aku perlukan duit yang banyak, segera dan halal untuk bulan Julai (di luar Sarawak) dan bila-bila masa (dalam Sarawak). Sila tinggalkan komen jika anda ada maklumat. Kterimakasihbai (kthxbye).

Advertisements

3 responses to “Mainan baru

  1. goin to the US?buat apa di sana?menarik betoll

  2. sila lawat web ini: http://www.macee.org.my/02_08_61_content.htm

    Dan cuba hujung tahun ini untuk sesi tahun depan, selagi anda masih berumur 29 tahun ke bawah. 🙂

  3. Pingback: Duit tidak tumbuh di atas pokok « geek+bimbo = geembo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s