Perubahan

Dalam Bahasa Inggeris terdapat beberapa pepatah yang mengatakan kita tidak dapat lari dari perubahan (change is inevitable) dan perubahan merupakan sesuatu yang selari dengan hidup (change is the only constant in our lives). Perubahan mendewasakan seseorang namun tidak semua orang berubah menjadi lebih baik.

Bagi aku pula, tidak dapat dinafikan bahawa aku telah melalui banyak perubahan sejak beberapa tahun yang lalu. Aku rasa aku lebih matang secara keseluruhannya, lebih logik dalam membuat keputusan dan lebih tenang menghadapi kenyataan atau masalah. Selain mental, keadaan fizikal aku juga telah berubah iaitu aku lebih sukar untuk mengurangkan berat badan dan sekarang aku mempunyai bintik-bintik hitam di permukaan tangan, akibat tiada perlindungan dari kesan sinaran matahari (aku baru terkinja-kinja menggunakan sunblock sekarang).

Aku juga telah mengalami perubahan emosi dan mental yang amat sejak minggu lepas. Aku…

…ter-ketagih menonton Twilight. Aku baru menonton cerita itu pada minggu lepas dan selepas itu, tiada memandang belakang lagi (no looking back HA HA HA). Sejak itu, aku telah menonton DVD Twilight lima kali dalam satu minggu dan habis membaca novel New Moon dalam satu hari, berhenti hanya untuk makan tengah hari. Aku berhenti membaca petang tadi hanya kerana aku tidak mempunyai buku yang ke-3 di dalam tangan, Eclipse, hanya buku yang ke-4, Breaking Dawn. Aku tidak mahu melompat terus ke buku yang terakhir!

Inikah yang dikatakan obsesif?

p/s: Tolong perbetulkan bahasa aku! I still can’t express myself as well as I want!

Advertisements

3 responses to “Perubahan

  1. Perubahan membuat kehidupan menjadi lebih bermakna.. 😉

  2. Mungkin terpulang kepada perubahan yang bagaimana…

  3. Betul. Tapi kadang2, tak kisah perubahan apa pun, ianya tetap membawa kebaikan di kemudian hari nanti..hanya bersabar je..hehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s