Perfectionist

Aku telah menaip hampir satu entri tadi tetapi klik ‘Save Draft’ di akhirnya. Mungkin kerana aku rasa entri itu boleh diperbaiki dengan lebih baik lagi dan tidak dapat dibuat separuh hati (half-heartedly). Ini salah satu tabiat buruk aku, perfectionist kata sesetengah orang; buruk kerana aku tidak senang duduk sehingga produk akhirnya menepati kehendak aku. Juga kerana aku rasa aku meletakkan usaha lebih dari yang diperlukan untuk kebanyakan perkara, lebih untuk memuaskan hati diri-sendiri daripada hati orang lain. Buruk juga, kerana tabiat ini membuatkan aku mengambil lebih masa berbanding orang lain untuk membuat kerja yang sama.

Namun, sikap perfectionist aku ini tidak meliputi semua aspek kehidupan aku. Jika ya, mungkin aku boleh digelar menghidap OCD. Tetapi tidak, aku masih normal.

Aku menaip entri ini hanya untuk mengisi masa. Kadang-kadang aku takut akan masa lapang, kegelisahan akan melanda dan hati aku berasa resah memikirkan masa depan aku. Sebab itu aku lebih rela bermain Age of Empires III berulang kali sehingga aku boleh bermain permainan itu dengan menutup sebelah mata (hanya metafora), daripada mempunyai masa lapang yang akan menyebabkan pemikiran aku melayang ke masa selain dari masa sekarang.

Aku suka memikirkan aku ini seorang yang optimistik dan gembira kebanyakan masa, tetapi kadang-kadang aku tidak berasa seperti diri aku sendiri.

Aku rasa aku mungkin ‘datang bulan’ minggu depan. Kenapa emo ni?!?

Advertisements

3 responses to “Perfectionist

  1. i have OCD. At least not as hardcore nowadays.
    it goes with my mood actually.

    and yeah, i’m a perfectionist too! ;p

  2. Anda hanya hebat kalo boleh bermain AOE III dengan menutup dua belah mata.

  3. arth: im a perfectionist only in certain things.

    jimmy: itu jika aku salah seorang daripada mutan X-Men.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s