Malas

Itu alasan kenapa aku tidak ber-blog sejak minggu lepas. Seperti yang telah aku katakan sebelum ini, semakin banyak masa yang kita ada, semakin sedikit kerja yang dilakukan. Dan ya, aku sangat banyak masa sekarang.

Gambar juga banyak belum dimuatnaikkan (by the way, what’s ‘backlogged’ in Malay?), kebanyakannya gambar makanan. Hoh. Aku memang terlampau banyak makan pada minggu lepas – ini bukan rungutan. 🙂

Rakan sepejabat aku akan pergi ke luar negeri hari ini sehingga 24 Mei. Aku akan merasai pemergiannya. Memang betul kata orang, kamu tidak akan merasai kehilangan seseorang sehingga dia pergi dari hidup mu. Siapa la teman ketawaku? Teman lunch? Teman ketawa kuat-kuat tengok DVD pada waktu pejabat? Teman buat lawak bodoh sehingga tidak dapat bernafas kerana terlampau sakit perut ketawa? Teman menangis jika dalam kesedihan? Siapa?

Tuntasnya, aku seharusnya balik ke rumah lebih awal setiap hari sehingga dia kembali bekerja. He he he.

Bacaan minggu ini:

Breaking Dawn by Stephenie Meyer

Breaking Dawn by Stephenie Meyer

Pick Me Up by Zoe Rice

Pick Me Up by Zoe Rice

The Zahir by Paulo Coelho

The Zahir by Paulo Coelho

Aku memang tidak dapat membaca hanya satu buku pada suatu masa. Satu di pejabat, satu didalam beg (untuk dibaca apabila aku harus menunggu seseorang/sesuatu) dan satu sebelum tidur. Penyakit geek kah ini?

Advertisements

4 responses to “Malas

  1. Cik Tuan Punya Blog,

    Dalam memperkasakan bahasa Melayu/Malaysia kita, tak semua perkataan Bahasa Inggeris kita harus ‘Melayukan’. Yang penting, kita dapat sampaikan mesej yg ingin disampaikan. Tak salah rasanya kalau kita nak buat ayat yang mengandungi perkataan bahasa inggeris jikalau ianya mudah difahami. Kita bukan menulis untuk mendapat markah kan…hehehehe…

    Bagi saya, cara Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) untuk memperkasakan bahasa kebangsaan banyak yang tidak sesuai dengan keadaan. Sampaikan perkataan-perkataan bahasa inggeris dimelayukan terus membuatkan bahasa kita nampak tak betul dan terus menjadi bahan sindiran sampai sekarang. Betul kan?

    that’s all for now.. 😀

  2. ahahahah betul. but then again the main objective for this blog: do my best untuk memelayukan semua perkataan. 😀

  3. hehe…bila mau update nih… 😀

  4. nak update pagi tadi, but internet so effing slow kat uni! huhu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s