Bersemangat

Aku sudah selamat sampai ke Amerika Syarikat, di pekan kecil yang bernama DeKalb ini.  Sebenarnya aku sudah hampir 2 bulan disini dan kekosongan nukilan di sini sebenarnya bukan bermakna aku tiada masa tetapi aku rasa seperti masa terlalu pendek di sini. Aku bersemangat untuk menulis sebentar tadi selepas membaca blog-blog yang sering aku baca ketika aku di Malaysia dahulu dan aku baru tersedar yang aku sedang meng-aklimatasi-kan diri kepada keadaan di sini. Ini adalah kali pertama aku membuat seperti kebiasaan di tempat sendiri.

Pada dasarnya aku tiada masalah di sini tetapi kadang-kadang aku rasa seperti aku tersepit di dunia yang sangat janggal ini. Tidak langsung seperti di TV! Tiada perbezaan yang prominen sehingga menimbulkan rasa stres yang amat tetapi sedikit-sebanyak perbezaan budaya dan cara hidup boleh mengubah emosi aku dalam sekelip mata. Selain itu ketiadaan kawan-kawan dan orang tersayang yang memahami personaliti aku seperti memburukkan keadaan. Aku beberapa kali menangis sendirian tetapi aku tidak begitu rungsing kerana aku tahu semua ini adalah suatu proses normal. ‘Culture shock‘ dalam Bahasa Inggerisnya. Lagipun aku rasa cara aku menyesuaikan diri lebih baik dari sesetengah kawan aku yang seperti masih bingung di dalam kehidupan biasa dan waktu kerja di universiti ini. Secara keseluruhannya aku rasa ini adalah suatu pengalaman yang amat bermakna dan banyak mengajar aku dari aspek keperibadian diri dan dari segi profesionalisme dalam bidang mengajar.

Aku ingin mulakan catitan untuk pengajaran Bahasa Melayu di sini hanya untuk kesenangan di masa hadapan tetapi ini aku hanya akan buat jika aku betul-betul lapang (bukan hanya dari segi masa tetapi juga dari segi pemikiran). Untuk nukilan kali ini, sampai di sini sahaja buat masa sekarang. Diharap aku tidak terlalu lambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin!

Advertisements

2 responses to “Bersemangat

  1. aklimatasi??? wowww.. big worddd.. maksudnye ape tu ?? 😀

  2. hahahha then what’s acclimatisation in malay?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s